Wednesday 9 November 2011

APA ITU FOREX?

Apa itu FOREX? Satu persoalan yang perlu anda ketahui sebelum melibatkan diri didalam bidang ini.Yelah,sama seperti memandu kereta,anda mestilah tahu sedikit sebanyak mengenai kereta anda kan?Takkanlah nak terus masukkan kunci dan terus memandu?Familiarization itu penting,kan?

Apa itu FOREX?
Ssecara ringkasnya, ia adalah perdagangan  mata wang.Ia adalah satu perdagangan yang bernilai berbilion dollar US(kalau dalam RM??bayangkanlah)dalam sehari.Semua matawang di dalam dunia ini diperdagangkan di dalam FOREX.

Bila Boleh berdagang (trade)?
Setiap hari 24/7 start dari pagi Isnin (6 pagi waktu Malaysia hinggalah hari Sabtu (4 pagi waktu Malaysia).Saya rujukkan ke waktu malaysia agar anda senang nak faham.Bagaimana pula hujung minggu?Jawapannya,hujung minggu adalah waktu untuk berehat.(trade melibatkan instituisi kewangan,takkan diaorang nak keje ujung minggu kan?

Siapa boleh trade?
Siapa saja asalkan anda ada pengetahuan dan berani ambil risiko.

Di mana kita hendak trade?perlu ke bank ke?
Tak perlu sebab FOREX hanya memerlukan kita ber online jer.yang penting ada PC,dan sambungan internet.

bagaimana nak trade?Perlu upah orang ke?
FOREX bukannya sistem MLM atau affiliate di mana anda hanya tabur modal,goyang kaki dan tunggu hasil (selalunya tak dapat pun kan?macam N....DZ tu.Setiap kerja memerlukan usaha dan FOREX adalah usaha anda.Di dalam blog ini akan saya huraikan bagaimana ye.Tunggu di post saya yang akan datang.

Itulah sedikit sebanyak pengenalan saya mengenai FOREX.Kalo ada kurang,nanti saya akan tambah dan huraikan lagi di sepanjang blog ini.Sehingga kita berjumpa lagi!!




mengapa ia PERCUMA??

Ya, mengapa PERCUMA? Sedangkan nak belajar memandu pun ada bayarannya.kan?

Pernahkah ada suft di internet dan mencari tempat-tempat untuk belajar FOREX?Sudah tentunya bukan kerana saya pun salah seorang daripada anda juga (dulu).Tapi rupa-rupanya segala yang anda mahu pelajari boleh anda dapat secara PERCUMA. Saya sendiri pernah membayar untuk belajar mengenai FOREX (terima kasih kepada yang mengajar ye) dan adalah sedikt ilmu mengenai FOREX. Namun setelah beberapa ketika, saya menjumpai segala-galanya di internet tanpa sebarang bayaran pun, malah teknik-teknik yang diajar lagi padat yang profitable(ni term yang selalu trader guna.

Didalam Blog ini,saya akan memperkenalkan kepada anda,terutamanya para newbies tentang FOREX, bermula dari pengenalan hinggalah cara-cara untuk trading.Saya akan ringkaskan segala-galanya agar anda semua dapat memahami dan mengadaptasikan ilmu yang akan saya kongsi di dalam blog ini.

Yang penting,segalanya adalah percuma!
Jumpa lagi di next post saya!

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Semoga para pembaca sihat-sihat hendaknya.Secara ringkasnya akan saya terangkan siapa saya dan tujuan blog ini dilancarkan. Saya tahu anda semua tidak berminat hendak tahu dengan banyak mengenai saya,jadi cukuplah sekadar saya memperkenalkan diri saya sebagai Anuar dan saya berasal dari Negeri Sembilan,Malaysia.

Tujuan blog ini adalah adalaha usaha ikhlas saya untuk memperkenalkan pembaca keada FOREX ataupun Tukaran Wang Asing.Secara asasya,FOREX bermaksud memperdagangkan mata wang (saya singkatkan maksudnya agar senang dan cepat difahami).

Mari kita straight to the point (kan senang).Banyak tempat (tak kira individu ataupun berkumpulan) menawarkan cara-cara belajar FOREX.Namun,bayaran (ikut kadar masing-masing) dikenakan sebagai yuran untuk belajar.Akan tetapi,blog saya ini akan menawarkan pembelajaran mengenai FOREX secara PERCUMA( best kan??).

Mengapa ia PERCUMA?ikutilah post saya di kemudian nanti.
Akhir kata,sehingga kita bertemu lagi.