Friday 13 January 2012

BERMULALAH PELAYARAN KITA...! PART 1

Tak kenal maka tak cinta.Oleh itu, sebelum kita kita pergi secara mendalam lagi tentang forex, elok rasanya saya huraikan sedikit sebanyak terma-terma ataupun boleh dikatakan kata nama khas dalam bidang Forex ini. Bagi saya, amat penting untuk kita tahu dan famahi segala terma-terma ini agar senang kita memahami Forex.dan untuk memudahkan pemahaman, saya akan permudahkan lagi maksudnya ( no ayat- ayat stended).Pendek kata saya gunakan ayat sendiri tapi memberikan takrifan terma yang sama.

Antara terma yang saya nak huraikan;

PLATFORM.
tempat dimana kita nak buat segala urusan jual beli matawang. Urusan dilakukan dalam USD ataupun EUR.Platform Metatrader 4 (MT4) adalah yang paling popular dan kebanyakan broker akan menawarkan platform ini secara percuma.Platform ini boleh di downloadkan untuk pengunaan di komputer taupun handphone anda.

FUND.
Bila dh ada platform, kenelah ada duit untuk trading,kan?Setakat ni, belum ada lagi broker yang menawarkn trading menggunakan Ringgit Malaysia.(kalo ado, sila bagi pencerahan ek).So,USD dan EUR adalah pilihan yang ado.Fund disini bermaksud duit yang kita nak gunakan untuk trading.Leh deposit melalui bank ke?boleh gak ataupun melalui IB.

IB ataupun INTERNET BROKER.
Senang cerita dia ni orang tengah yang dilantik oleh broker untuk segala urusan pelanggan mereka seperti deposit dana,keluarkan untung dan sebagainya.

LEVERAGE.
leverage ni macam pinjaman lah senang cerita.untuk sesuatu trade,kita memerlukan USD100,000 untuk satu lot size.Mana nak carik duit banyak tu kan?So broker comes out with rule of leverage.Mereka bagi kita pinjam dulu dengan kiraaan tertentu.So,boleh lah kita trade walaupun takde duit sampai USD100,000k.Varian leverage ini ada pelbagai,selalunya broker offfer start dari 1;100 hinggalah 1:500. Ada gak yang offer sampai 1:1000 macam InstaForex kalo saya tak silap.

BUY
Senang cerita beli, bila ada peluang.Ada gak yang memaksudkn buy dengan LONG.Jangan keliru ek.

SELL.
Jual ler,apa lagi.yanh best pasal Forex ni kita leh ambil peluang sama ada nak jual atau beli, dua -dua leh untung.Ada gak yang memberikan maksud jual ni SHORT.

MARGIN CALL
Nama pendek dia MC.Bermaksud kitanya modal dh nak abis.Selalu terjadi kalau kita trade tak ikut MONEY MANAGEMENT.ape tu Money Management.?Akan saya terangkan di post post akan datang.Takat ni saya bagi maksud terma je dulu ek.

TAKE PROFIT
Senang cerita berapa banyak untung yang kita mahu.Ada gak yang panggil mende ni Green Profit.Sebabnya mat saleh ni Dolar dioaorang panggil Green Back.So bila untung ni,dapat duit la (Dollar).Agaknya gitu kot.

LOSSES
Terbalik dari maksud diatas, atau senang kata rugi.Selalu terjadi kalau trading strategy tak menjadi.Bila banyak Losses ni lah yang akan menjurus kepada Margin Call.

STOP LOSS
Semasa membuat trade, sama ada jual atau beli, kita mesti ada had di mana berapa banyak kita sanggup rugi jika stratey kita tak menjadi.Ini di namakan Stop Loss.

pergh...banyak kan terma nak kita kene tau.Yelah,kenelah bagi paham dulu kan supaya senang...ada lagi yang saya nk huraikan,jumpa di PART II ek..
Mungkin selepas baca semua term ni, ada yang pikir, layak ke aku nk involvekan diri dalam Forex ni...?
Ini jawapannya...
Anyway,Jumpa lagi!!

Thursday 12 January 2012

SAYA BERMINAT, TAPI DI MANA NAK BELAJAR FOREX?

Saya berminat, tapi di man nak belajar Forex? Satu persoalan yang dahulunya menghantui diri saya. Bila googlekn je, ada banyak pilihan untuk kita pilih. Nak yang berbayar, ataupun yang free (kebanyakan kita nak yang free,hehe).

jadi, di sini saya nak kongsi di man tempat (web) yang kita boleh belajar forex dengan percuma. Setakat ni, semua page yang saya jumpa adalah dalam Bahasa Inggeris. Jadinya kenelah kita tuar sleng belacan kita jadi sleng keju kejap. Tapi oklah tu, sambil belajar, sambil tu kita dapat improve kita punya penguasaan dalam Bahasa Inggeris.

Back to our topic (ewah), senarai di bawah adalah antara page / web yang menawarkan pembelajaran mengenai forex.Mari kita lihat sama-sama;

1. http://www.informedtrades.com .- best website ni, mamat saleh tu namanya David Waring. Yang bestnya, dia ajar kita melalui video tutorial. Notes pun ade. tambah lak ada Forum lagi untuk kita bertukar-tukar pendapat.laman web ni dalam bahasa Inggeris ye.

2.http://www.babypips.com .- sama konsep macam web di atas.Beza dengan yang di atas, web ni treat kita macam kita start belajar dari sekolah rendah lagi. Bagus untuk seseorang yang zero knowledge pasal Forex ni.

3. http://www.investopedia.com . - saya gunakan web ni sebagai dictionary. Sebab dalam bidanag ni, ada term term yang kadangkala memerlukan pemahaman yang bagus. Jadinya, page ini saya jadikan sebagai rujukan.

Nah, sudah tersenarai antara web / page yang menawarkan pembelajaran Forex secara percuma. Terpulanglah pada anda nak pilih yang mana satu. Ataupun kalau anda minat untuk belajar di tempat yang memerlukan pembayaran, just googlekn je. Pilihan di tangan anda.

Jumpa lagi!!

Sunday 1 January 2012

Usaha tangga kejayaan, Rezeki tak akan datang bergolek!!

Assalamualikum readers! Salam tahun baru kepada semua. Semoga permulaan tahun 2012 ini menjadi satu permulaan yang bagus dan profitable hendaknya.Insya Allah.

Back to our topic, usaha tangga kejayaan, dan sememangnya rezeki tu takkan datang bergolek. Even traders pun kene usaha untuk berjaya. 

Di dalam post saya yang terdahulu, (klik sini kalo nak baca jap)saya membincangkan adakah anda layak atau tidak untuk menjadi trader. Post kali ini akan saya huraikan Trader yang jenis macam mana yang sesuai dengan diri anda. Adakah anda ini seorang yang suka membuat analisa, atau pun sekadar seorang trader yang suka membaca berita- berita yang akan memeberikan kesan kepada pergerakan matawang. Mari saya huraikan.

Anda sudah download ke platform?ape tu platform?ada saya cerita kat sini.

Secara asasnya, teknik trader boleh bahagikan kepada dua jenis, iaitu jenis yang suka menganalisa dan jenis yang suka membaca. Dalam bahasa standardnya adalah Technical Analysist dan Fundamental.

Technical Analysis type. Senang cerita trader jenis ni dia suka mengadap komputer untuk dia kaji pergerakan matawang tu (melalui platform) dan cuba untuk predict pergerakan matawang tersebut. banyak cara dan indicator digunakan untuk membuat prediction mereka.

Fundamental type .yang ni pulak jenis trader yang bijak membaca kalender.trader jenis ni akan tunggu bila masanya akan keluar berita-berita hangat, contohnya S& P 500 dan akan membuat trade selepas berita tersebut keluar. Bukan sahaj berita mengenai matawang, berita-berita besar turut memberikan impak kepada pergerakan matawang. Anda mesti ingat dengan kejadian Tsunami di Jepun?Kejadian yang melibatkan meletupnya loji nuklear di Jepun?ramai yang kaya raya saya rasa pada masa tu...!

Nah...! Senang je kan nak faham jenis- jenis trader yang ada. So, terpulanglah pada anda untuk pilih side mana. ( macam pilihanraya lak) hehe. Selamat membaca dan semoga bertemu di lain kali!!!